pagi ketiga di kk, keluar lambat sikit. hadi cakap tak perlu nak rush.
we have breakfast at kak nong restaurant. baru aku perasan kat sini tak kira nasi apa, semuanya datang dengan sup. termasuk nasi lemak yang aku makan ni. it's gonna be a long drive so we buy some foods too. hari ni kitorang akan memandu keluar dari kk hingga ke penghujung borneo.
kampung, sawah padi dan gunung disepanjang jalan. the first town after kk is tuaran. perjalanan diteruskan lagi ke kota belud. pekan ni popular dengan pasar tamu. too bad the annual tamu besar was held last weekend. aku perhatikan rumah-rumah kat pekan ni kebanyakannya diatas tiang dengan serambinya yang cukup besar. tak kira lah rumah besar ke kecik ke baru ke lama ke semuanya ada astro. patut lah budak-budak AF dari sabah dapat undi tinggi. dalam banyak-banyak tu, ada satu rumah ni pasang piring astro kat tepi tangga rumah! budak-budak sekolah pulak naik pick-up pegi sekolah. guess this is the public transportation here.
lepas tu mula mendaki bukit. jalan tak berapa elok sangat. bila turun bukit tu, sepanjang jalan ada gerai-gerai jual buah. berhenti kat gerai ni untuk mencuba jagung pulut bakar dan buah terap. kat sini memang banyak tanam jagung pulut (jagung kampung) dan setiap tahun ada pesta jagung. buah terap ni pulak lebih kurang macam buah cempedak tapi lebih kecik saiznya. manis. sedap jugak.
dari menggaris, terus bergerak ke kota marudu. singgah sebentar di kampung gombizau ke ladang madu lebah. hujan rintik-rintik jadi tak masuk pun. lupa pulak nama kampung seterusnya tapi kat situ ada kilang membuat gong. satu kampung, satu industri.
next is kampung bavanggazo where we make a stop to visit the rungus longhouse. ada menara kat pintu masuk rumah panjang ni. dulu-dulu, perempuan yang menang ratu cantik kat pesta tahunan akan duduk kat rorizan ni. tak boleh turun-turun sampai ada orang datang meminang. well, obviously it won't be long. dah perempuan paling cantik, ramai aje lah datang meminang. cantik binaan rumah panjang ni. luas dan ada anjung. and in fact, the longhouse is open for visitor to stay. very basic but with proper facilities.
masa nak keluar tu, kitorang nampak lah satu papan tanda kat pintu masuk bertulis "binatang". ingatkan kat bawah tu tempat simpan binatang ternakan. wrong guess. actually, binatang or vinatang means longhouse in rungus.
there is a huge bubu outside. again, we guess wrong. bubu besar ni bukan nak tangkap ikan ke buaya ke. bubuhadat ni untuk sumbat pasangan yang bersekedudukan dan lepas tu dicampak dalam sungai sebagai hukuman. nasib kitorang cukup baik hari ni sebab dapat tengok sorang pesalah kena jatuh hukuman...hehehe.
our journey continues to our final stop in kudat. from the main road, we turn to simpang tanjung mengayau. this is where the tip of borneo, the very end of borneo island at the northern part is located. after a very long journey, we now can smell and see the sea. dan akhirnya tibalah kitorang ke penghujung borneo ni. letaknya di atas tebing tinggi menghadap laut yang terbentang luas. the view from the cliff is truly breathtaking. worth the long drive. nothing else here though except a big globe (monument) and resting area to enjoy the beautiful scene. the exact tip is actually a piece of rocky land down the cliff.
sebenarnya, tak boleh pun turun ke bawah. tapi rugi lah datang jauh-jauh setakat tengok dari atas. besar jugak kawasan berbatu ni. aku tak pasti lah kalau air pasang, kawasan ni akan tenggelam ataupun tidak. kitorang jalan sampai lah ke penghujung. the rain had stop so the clouds look really nice gleaming with bright sun. pemandangan yang cukup indah.
the formation of the rocks at this area is unique and i guess it's due to the work of wind and water. banyak lopak-lopak air. tangga semulajadi kat tembok tebing tu nampak macam pasir halus tapi keras sebenarnya.
wish we could stay longer but we have to move before it's getting dark. jauh nak balik dan jalan gelap. hujan pun mula turun balik. berhenti kejap membeli kulit siput dan kerang. adik yang jual ni cakap, ayah dan abang dia yang pegi menyelam kutip kulit siput ni.
hujan turun sepanjang jalan. memang betul lah jalan gelap gelita. berhenti kejap aje untuk beli kerepek dan isi minyak. lapar. lepas 3 jam perjalanan, akhirnya kitorang selamat sampai semula ke kk. singgah makan malam kat kedai aje. masing-masing dah keletihan ni. the rest of the night, we just stay in resting at home.