jumaat, 6-feb : lepas kerja, terus pecut ke kl. bila aku sampai rumah haris, kerel dan man dah ada pun. traffic jam..hehe.
banyak jugak kereta kat lebuhraya. cuti panjang. berhenti makan malam kat r&r tapah. ramainya manusia.
we reached amai's marvista around midnight. chaein dan k.lara pun ada. nasib baik makanan takde. hehe. borak-borak and then we decided to go out for drinks. mula-mula ke ferringhi. sempat berjalan kat pantai. bulan pun cerah malam tu. memandangkan gerai kat sini dah nak tutup (well, it's almost 3 in the morning), kitorang ke gurney pulak. ramai jugak orang melepak kat tebing laut tu. we had drink and roti canai at khaleefa.
sabtu, 7-feb : bangun pagi tu, amai dgn chaein tengah sibuk memasak. dah mula dah aktiviti. memang sedap nasi lemak diorang ni. bertambah-tambah aku makan.
we went out late noon driving up to ferringhi and balik pulau. amai tunjuk lah tempat-tempat menarik sepanjang jalan tu termasuk taman negeri p.pinang. teringin sangat nak pegi. amai tunjuk aje dari dalam kereta. pesanan tourist guide, kalau nak, pegi sendiri lain kali. hahaha..
singgah makan durian kejap kat telok bahang. memang banyak dusun durian sepanjang jalan kat kawasan ni. tapi sekarang bukan musim durian pun. mahal lah kan durian luar musim ni tapi nasib baik sedap. isinya pun tebal. durian tauke katanya.
dari sini, ke air terjun titi kerawang. kena berjalan sikit untuk sampai ke air terjun ni. kecik aje air terjunnya dan ada beberapa orang tengah berkelah kat sini. tapi hari ni airnya keruh dan penuh dengan daun-daun. mungkin disebabkan hujan sebab air pun agak deras. tak jadi nak mandi kat sini.
eddy and alan arrived just when we were about to leave.
dari sini, ke pantai ferringhi. mandi laut. sambil makan pisang goreng. quite a nice beach. sebelum balik tu sempat lagi makan laksa dulu.
we had a rest at marvista (makan lagi nasi lemak) before heading out again to town. what a night! sebelum balik rumah tu, singgah makan sup kambing hamid pulak.
ahad, 8-feb : pagi ni takde sapa nak masak. terus keluar tengahari untuk lunch. ambik feri untuk ke seberang pulau.
terus drive lagi ke kepala batas. jauh jugak nak sampai. sanggup kan drive jauh semata-mata untuk makan. aku tengok pelik-pelik nama kawasan kat sini. dan akhirnya sampai jugak kitorang kat restoran ikan bakar din. sampai je makanan, semua orang terus senyap..
balik semula ke pulau, ke sungai ara untuk membeli buah pala. buah rasmi pulau pinang. masa lunch tadi pun ada pakcik promo air buah pala. there's only one shop here and that explained the crowd. aku rasa menarik lagi beli buah pala dan jeruk kat chowrasta tu.
lepas tu, pegi lepak-lepak kat rumah eddy pulak. kerel dan man tak pernah sampai lagi. nice view from the balcony. dan petang ni, bertambah cantik dengan pelangi petang di kaki langit.
next destination was pasar malam ferringhi. nak memborong dvd dan dinner. masa sampai kat pasar malam ni, aku jumpa che fad and raz. they were about to leave. memang diorang ada call pagi tadi bagitau nak datang penang hari ni.
went back to marvista to freshen up and short rest. lepas tu keluar ke redbox gurney. and penutupnya, ke sup kambing hamid sekali lagi. someone forgot that we already had the soup last night.
isnin, 9-feb : it 's almost noon when everyone woke up. yelah..tidur selambatnya malam tadi. konon nak bertolak balik awal lah kan. lepas kemas-kemas barang yang sebanyaknya tu, baru lah keluar. singgah dulu makan kat gerai atas bukit depan masjid terapung. and then, we said goodbye to amai.
the traffic was quite heavy. selepas 3 hari yang panas terik , hujan turun renyai-renyai. haris nak singgah kampung dulu kat kuala kangsar. bandar diraja yang baru-baru ni menyaksikan jubli perak pemerintahan diraja dan kemelut politik. haris bawak pusing-pusing sekitar bandar dan bukit chandan. tengok pokok getah pertama ditanam di tanah melayu kat hujung jalan mckk tu. tengok koleksi diraja di muzium diraja perak.
we had homemade laksa at haris's house. nice. makan lagi..
Remembering MH370
10 years ago