Friday, April 10, 2009

yogyakarta 09 : friday, 20-mar

finally, the trip that we planned seven months ago came.

i drove to sid's house in cheras and parked my car there. sempat aku menghabiskan satu bab dari the kite runner sementara nak tunggu zaidi sampai dan sid balik dari office. sid drove to kl sentral from here as he needs to return his rental car there. zach yang "mc" hari ni akan hantar kitorang ke lcct. sarapan dulu sementara tunggu zach sampai.

terus check-in bila sampai lcct. yt, fei, peter and john arrived when we just finished checking-in. met up with dani at marrybrown. dani sampai awal sebab mak dan adik dia pun balik kampung tengahari ni. we later moved to oldtown for drinks. bangunan tambahan lcct dah buka dan mula beroperasi. bertambah besar dan banyak kedai baru. in fact, i've already used the new 2-level arrival hall coming from bangkok last month.

the flight ak1004 took off on time. it was quite full. tried to get some sleep but apparently i couldn't once we started doing crazy things.



we were stucked at the only entrance of adisucipto airport for about half an hour. masuk pun tak boleh. ingatkan pintu tak buka lagi. there was only two counters right infront of the entrance. patut lah kena beratur sampai ke luar. i was the last to clear the immigration.




perjalanan lebih kurang setengah jam dari airport ke pusat bandar. agak besar bandar jogja ni. motorbikes, kijang and yarez were everywhere on road. dan juga bendera-bendera partai politik. pilihanraya umum akan berlangsung bulan depan.

irwan who arrived earlier on different flight had checked-in for us. masuk bilik, terus kemas barang dan berehat. lepas maghrib, baru keluar. tunggu yt and the geng depan mall. our hotel, ibis is connected to malioboro mall. kat luar, banyak betul aku tengok motorbike. helmet letak atas motor aje. tak pulak kena curi..


dari hotel, berjalan aje cari kedai makan. sepanjang jalan, banyak gerai dan lesehan(warung) yang dibuka tepi jalan dan kakilima. our cab driver told us the popular dishes here that we have to try are nasi gudeg(nangka), bakpia dan nasi kucing(bukan nasi lauk kucing tapi nasi dalam bungkusan kecil).


jauh jugak berjalan sebelum jumpa tempat makan yang paling menarik. we decided to give a try at one of the lesehans along the street. makan bersila atas lantai tepi jalan. masak pun tepi jalan. since i don't eat gudeg, i had nasi with ayam goreng. nasi putih + ayam goreng + sambal. memang takde kuah. masa tengah makan tu, ramai jugak yang datang menyanyi dan minta sedekah. guess life is hard and difficult here. bukan tak kesian atau tak nak bagi tapi sekali bagi, ramai pulak yang datang menyerbu nanti..




lepas makan, jenguk-jenguk kedai kat ssepanjang jalan ni. banyak gerai yang jual cenderamata. ramai yang datang kerumun promo kedai masing-masing. sampai rimas tapi dah memang gitu cara diorang cari rezeki. i just smiled, said nothing dan walked away.


singgah kat peti emas, the place were fei and the gang stayed. menarik jugak dan ada rooftop garden lagi. duduk berbincang pasal tour dan mana nak pegi. kalah mesyuarat menteri kabinet. ikut je lah..


we kept walking on our way back to ibis until the end of jl.malioboro, at the junction of pasar kembang and railway station. pasar kembang tu bukan jual bunga-bunga yang harum berkembang tapi dulu jual "bunga-bunga" yang berkembang waktu malam aje. it used to be a red light district.




kedai-kedai pun dah banyak tutup. gerai makan aje masih penuh. hari yang panjang esok jadi balik lah semua orang untuk berehat secukupnya.

No comments: