Sunday, May 3, 2009

yogyakarta 09 : monday, 23-mar

hari ni, free and easy aje. sarapan pagi kat lesehan sama yang kitorang pegi dua hari lepas. sapa lah agaknya yang dapat ayam terbang tu..


abis makan, terus mulakan aktiviti shopping. kedai-kedai pun baru mula nak buka. mula dari pangkal jl.malioboro. selain cenderamata, banyak jual batik, kain sulam, telekung, jubah dan t-shirt. macam-macam ada sepanjang jalan ni. cuma kena sabar sikit dengan kerenah penjual tu.


masuk kedai, keluar kedai sampai lah penghujung jalan. agak sibuk dan sesak jl.malioboro ni. lintas jalan dan masuk pulak pasar beringharjo.





dalam pasar ni lebih banyak barang keperluan harian dan pakaian moden. bahagian belakang pasar pula ada banyak jual kuih-muih dan makanan. aku beli bakpia dan jinang(kuih kepal) kat sini.


walked back to malioboro mall dan had lunch at mcd. we decided to go to shopping mall later this afternoon. panas nak berjalan kat luar. ingat nak tengok wayang indonesia tapi budak sekolah yang kitorang tanya tu cakap, takde cerita yang bagus sekarang ni.

naik bas dari depan mall. perlahan aje bas ni bergerak. patut lah murah. dan yang penting, siap ada transit lagi kena tukar bas. lama pulak tu.




plaza ambarrukmo or amplaz is the newest and biggest shopping mall in jogja. pusing-pusing aje sambil aku cari cd dan majalah. dah penat jalan, duduk melepak dan makan kat taman sari foodcourt. i had banana fritters with chocolate and cheese. yummy.




balik naik teksi. bersesak-sesak 5 orang. muat aje. dan kejap dah sampai balik malioboro. naik bas, sejam lah kan. sambung lagi shopping sebab ada yang tak sempat beli lagi tadi. sudahnya, aku dengan zaidi jalan sampai hujung jalan. dari sini, naik becak balik hotel.

malam ni melepak aje kat hotel. kemas apa-apa yang patut. copy lagu. dan semestinya bergambar..

No comments: