setiap kali balik kampung, aku mesti cuba cari masa untuk pegi berlari di kebun bunga jb. terletak dalam kawasan istana besar, kebun bunga ni dibuka untuk orang ramai datang bersiar-siar ambik angin, piknik dan beriadah. istana besar pula telah pun dijadikan muzium yang menempatkan koleksi diraja johor.
kebun bunga ni memang cantik dan bersih dijaga. hijau dan menenangkan. laluan untuk berlari (atau berjalan) cukup menarik di celah-celah pokok-pokok besar yang redup. boleh pilih samada jalan yang landai atau berbukit.
penat berlari, boleh berehat di taman bunga yang mengadap selat tebrau sambil menghirup udara segar. pelbagai jenis pokok bunga ada termasuk sikudangan yang cukup wangi tu. dalam kebun bunga ni juga ada taman jepun. siap ada tea house. dan di atas puncak bukit pulak ada gazebo. pagi-pagi ada senaman taichi kat sini.
dipinggir kebun bunga ni jugak letaknya istana bukit zahrah. sayang sekali bangunan ni terbiar dan semestinya patut dibaikpulih dan dipulihara(read my previous entry). dihujung kebun bunga ni pula letaknya bangunan pejabat kebun bunga istana besar yang asalnya istana marble.
feel so proud with my hometown everytime i run here. i just love this beautiful lush garden.
near or far, local or international. love to see new places and experience different cultures. hope that one day i can cover all 360 degrees of the planet.
No comments:
Post a Comment