Thursday, November 27, 2008

kota kinabalu 08 : tuesday, 4-nov

kejap aje masa berjalan. bosannya dah nak kena balik..

kemas beg siap-siap. lepas tu terus keluar. mula-mula sekali pegi makan kat centerpoint mall. dah nak dekat tengahari pun. from here, we just walk to handicraft center. tak pasti lah samada tempat ni jugak yang dipanggil philipino market tu. pasar atau arked ni tempatnya menjual segala macam jenis produk kraftangan dan cenderatamata. mutiara sabah antara yang ramai orang cari kat sini. rapat-rapat gerai dalam ni. sempit betul.




aku takde apa pun nak cari nak sikit. cuma pusing-pusing kalau ada apa-apa yang berkenan di hati. just grab some keychains for souvenier. sementara aku pusing-pusing tu, kw dengan hadi sibuk tawar-menawar kat satu gerai ni. macam-macam kw borong. sambil memborong tu berborak pulak. memang lah lama jadinya. lebih-lebih lagi kalau melayan kitorang ni..



aku pulak nak beli udang. hadi brings me to his usual place. park the car at segama waterfront and walk to far east seafood. udang kat sini semua dah siap dibekukan dalam ais. boleh bertahan sampai balik kl nanti. kat waterfront tu, sempat lah bergambar-gambar lagi sambil tengok bandar kk.



dari sini, hadi hantar ke airport. well, end of the journey. terus check-in termasuk udang sekali. malas nak bawak..hehe. it's a new terminal and looks nice. somehow i think most airports look the same. jam 415pm, mh2609 pun berlepas pulang. flight ni akan pegi labuan dulu. takes about 20 mins to there. kelam-kabut aku tengok pramugari nak hidang minuman. transit kat labuan lebih kurang 40 min. sempat lah aku dengan kw lari keluar kejap. maknanya, dah jejak lah kaki aku kat tiga-tiga wilayah persekutuan.



and finally about 45 mins later, off we fly back to kl. lepas makan, terus lelap. bila balik berjalan ni, mesti rasa penat kan. terjaga bila pengumuman cakap dah nak sampai. tapi lama lagi sebenarnya. kacau tidur aku aje. we safely land back at klia on time. dari sini, ambik limo balik semula ke cheras.


this is a trip fulls with lots of fun and food. thanks to hadi for the hospitality and fabulous time.
i will definitely include kota kinabalu in my annual trip!

Sunday, November 23, 2008

kota kinabalu 08 : monday, 3-nov

pagi ketiga di kk, keluar lambat sikit. hadi cakap tak perlu nak rush.

we have breakfast at kak nong restaurant. baru aku perasan kat sini tak kira nasi apa, semuanya datang dengan sup. termasuk nasi lemak yang aku makan ni. it's gonna be a long drive so we buy some foods too. hari ni kitorang akan memandu keluar dari kk hingga ke penghujung borneo.

kampung, sawah padi dan gunung disepanjang jalan. the first town after kk is tuaran. perjalanan diteruskan lagi ke kota belud. pekan ni popular dengan pasar tamu. too bad the annual tamu besar was held last weekend. aku perhatikan rumah-rumah kat pekan ni kebanyakannya diatas tiang dengan serambinya yang cukup besar. tak kira lah rumah besar ke kecik ke baru ke lama ke semuanya ada astro. patut lah budak-budak AF dari sabah dapat undi tinggi. dalam banyak-banyak tu, ada satu rumah ni pasang piring astro kat tepi tangga rumah! budak-budak sekolah pulak naik pick-up pegi sekolah. guess this is the public transportation here.



lepas tu mula mendaki bukit. jalan tak berapa elok sangat. bila turun bukit tu, sepanjang jalan ada gerai-gerai jual buah. berhenti kat gerai ni untuk mencuba jagung pulut bakar dan buah terap. kat sini memang banyak tanam jagung pulut (jagung kampung) dan setiap tahun ada pesta jagung. buah terap ni pulak lebih kurang macam buah cempedak tapi lebih kecik saiznya. manis. sedap jugak.




dari menggaris, terus bergerak ke kota marudu. singgah sebentar di kampung gombizau ke ladang madu lebah. hujan rintik-rintik jadi tak masuk pun. lupa pulak nama kampung seterusnya tapi kat situ ada kilang membuat gong. satu kampung, satu industri.


next is kampung bavanggazo where we make a stop to visit the rungus longhouse. ada menara kat pintu masuk rumah panjang ni. dulu-dulu, perempuan yang menang ratu cantik kat pesta tahunan akan duduk kat rorizan ni. tak boleh turun-turun sampai ada orang datang meminang. well, obviously it won't be long. dah perempuan paling cantik, ramai aje lah datang meminang. cantik binaan rumah panjang ni. luas dan ada anjung. and in fact, the longhouse is open for visitor to stay. very basic but with proper facilities.




masa nak keluar tu, kitorang nampak lah satu papan tanda kat pintu masuk bertulis "binatang". ingatkan kat bawah tu tempat simpan binatang ternakan. wrong guess. actually, binatang or vinatang means longhouse in rungus.


there is a huge bubu outside. again, we guess wrong. bubu besar ni bukan nak tangkap ikan ke buaya ke. bubuhadat ni untuk sumbat pasangan yang bersekedudukan dan lepas tu dicampak dalam sungai sebagai hukuman. nasib kitorang cukup baik hari ni sebab dapat tengok sorang pesalah kena jatuh hukuman...hehehe.



our journey continues to our final stop in kudat. from the main road, we turn to simpang tanjung mengayau. this is where the tip of borneo, the very end of borneo island at the northern part is located. after a very long journey, we now can smell and see the sea. dan akhirnya tibalah kitorang ke penghujung borneo ni. letaknya di atas tebing tinggi menghadap laut yang terbentang luas. the view from the cliff is truly breathtaking. worth the long drive. nothing else here though except a big globe (monument) and resting area to enjoy the beautiful scene. the exact tip is actually a piece of rocky land down the cliff.






sebenarnya, tak boleh pun turun ke bawah. tapi rugi lah datang jauh-jauh setakat tengok dari atas. besar jugak kawasan berbatu ni. aku tak pasti lah kalau air pasang, kawasan ni akan tenggelam ataupun tidak. kitorang jalan sampai lah ke penghujung. the rain had stop so the clouds look really nice gleaming with bright sun. pemandangan yang cukup indah.





the formation of the rocks at this area is unique and i guess it's due to the work of wind and water. banyak lopak-lopak air. tangga semulajadi kat tembok tebing tu nampak macam pasir halus tapi keras sebenarnya.





wish we could stay longer but we have to move before it's getting dark. jauh nak balik dan jalan gelap. hujan pun mula turun balik. berhenti kejap membeli kulit siput dan kerang. adik yang jual ni cakap, ayah dan abang dia yang pegi menyelam kutip kulit siput ni.



hujan turun sepanjang jalan. memang betul lah jalan gelap gelita. berhenti kejap aje untuk beli kerepek dan isi minyak. lapar. lepas 3 jam perjalanan, akhirnya kitorang selamat sampai semula ke kk. singgah makan malam kat kedai aje. masing-masing dah keletihan ni. the rest of the night, we just stay in resting at home.

Saturday, November 15, 2008

kota kinabalu 08 : sunday, 2-nov

seawal 6am, dah cerah dan terang-benderang. my first morning in kk.

pagi ni keluar awal. hari ni nak pegi islands. alhamdulillah, cuaca pun nampak elok sangat. mula-mula sekali pegi sarapan dulu kat fook yuen kopitiam. tak sangka pulak dalam kompleks asia city ni ada kopitiam buka pagi-pagi. this place is popular for its yong taufu. dimakan bersama mee ataupun nasi. roti bakar pun sedap. yang peliknya, lepas bakar tu terus jadi kecik dan nipis. yang versi tak bakar tu, besar dan gebu aje.

after breakfast, we make our move to jesselton point ferry terminal. we decide to go to two islands. pulau mamutik will be the first and the second is pulau manukan. these two islands are parts of tunku abdul rahman marine park. tak pasti ada berapa pulau semuanya. boleh pilih mana satu nak pegi.



the best part is that this marine park is located within the city and only few minutes away by boat. senang kan nak pegi.


tiba di mamutik lebih kurang 930am. kitorang aje yang turun kat sini. terus cari tempat melepak dan tanpa buang masa, aku dengan kw terus masuk air. this is actually my very first time doing snorkelling. pantai kat sini pasirnya tak begitu halus dan banyak jugak batu. tak berapa sesuai utk mandi dan berjemur.

beberapa meter pertama dari pantai, tak banyak sangat yang dapat dilihat. lepas tu mula nampak 3~4 ekor ikan dan batu karang. and just a little bit further lies the wonder of undersea. all this while, i never believe that we can see beautiful corals so close to beach. amazing. there are also two locals snorkelling with us. diorang ni lah yang baik hati tunjukkan hidupan laut. dapat lah aku tengok nemo, gamat laut, landak laut dan banyak lagi ikan yang macam-macam warna tu. but i miss the baracuda. paling seronok, bagi ikan-ikan ni makan. pisang, epal dan jambu batu. hulur je pisang, berebut-rebut ikan tu datang. masuk air tak keluar-keluar dah. naik pun pegi ambik makanan ikan aje.

our boat to next island is at 12pm. kat jeti pun boleh nampak macam-macam jenis ikan dalam air yang sangat jernih tu.



tak jauh pun manukan dari mamutik. dari jeti boleh nampak ramai orang . manukan lebih besar dan ada resort kat sini. dapat aje tempat lepak, aku dgn kw terus masuk air. memang simpan sikit buah-buah nak bagi ikan kat sini pulak. kat sini, ikannya besar-besar. rasa macam berenang dalam aquarium. swimming among the fishes. aku rasa terumbu kat mamutik lagi banyak dan cantik. tapi ni pun dah cukup buat aku kagum.

rasanya adalah dalam 5 jam aku duduk dalam air dan bawah terik matahari. kulit pun dah macam udang kara. sebelum balik tu, bersantai lah kejap kat pantai. dan kat jeti, sempat lagi kw bagi makan kat anak-anak ikan dia tu..




the boat takes us back to jesselton poin at about 4pm. hari macam nak hujan tapi tak jadi. lega. sebelum balik rumah, singgah market kk. beli ketam lagi. tak puas katanya makan semalam.



petang ni, sekali lagi menguruskan ketam. kembalinya pembunuh ketam bersiri. sebelum dinner, sempat lak aku dgn hadi keluar kejap ke kompleks karamunsing. balik rumah, dah siap pun steam crabs. masa untuk mengisi perut pulak. memang lapar. seharian tak makan. sibuk bagi ikan makan aje. mmmmm...sedapnya steam crabs ni!

later this night, we go out again for coffee, kit chai, roti bakar and chicken wings. nasi lemak abis pulak. tuan punya kopitiam ni adik pada tuan punya kopitiam yang kitorang pegi pagi tadi.


seksanya nak tidur malam ni. nak golek-golek pun sakit. pedihnya kulit yang merah membara ni..