Saturday, April 5, 2008

langkawi 08 : friday, 4-apr

abis kerja, aku terus pecut ke kl. jumaat memang balik sejam lewat dari biasa. luckily, the traffic wasn't that bad. pecut punya pecut, sampai terlepas simpang nak belok ke cheras. sampai kat rumah kw, cuma sempat tukar baju je. dari mentari condo tu, zainal tolong hantar aku dan kw ke kl sentral. we meet up with kz at kl sentral. nasib baik kz tak tunggu kat stesen keretapi lama tu...hehehe...

langkawi ekspress bertolak lebih kurang jam 845pm. aku and kz kat katil bawah, kw kat atas. berbeza dengan keretapi masa aku pegi bangkok dulu, katil dalam train ni fix. tak boleh tukar jadi seat. so pagi nanti takde lah sapa-sapa nak datang kejut untuk tukar katil jadi seat. nothing much to do in train ni selain borak dan makan. riuh-rendah lah kejap coach tu. lepak jugak kat kantin.




few times jugak lah aku terjaga. bila bergegar dan berhenti. tak berapa nyenyak tidurnya. bila sedar sekali lagi, dah sampai kat bukit mertajam. this train was already late from schedule. masa kat butterworth, train gelap sekejap. kenapa lah sepanjang malam tadi tu tak nak tutup lampu. berhenti pun lama. kata kw, train ni tukar kepala sebab dah bertukar arah. pelik jugak sebab setahu aku train ni memang menuju ke utara sampai hatyai. takpe lah, yang penting sampai ke tempat yang dituju.

tak sabar nak tidur kat katil yang betul dan tidak bergerak malam nanti...

1 comment:

Eddie said...

Nanti aku nak invent keretapi yg seats dia boleh tukar jadi king size waterbed....