Thursday, July 31, 2008

langkawi 08 : monday, 21-jul

bangun aje pagi ni, tengok luar tingkap dulu. lega hari cerah. pagi ni resh pulak balik kl. lepas resh check-in kat airport, kitorang pegi breakfast dulu. cuma aku, omar, zach dan resh. lagi dua orang tu sambung tidur tak mau ikut. sarapan roti canai kat restoran mempelam. dengarnya dr m pun datang makan kat sini. kat dinding kaunter bayar tu, ada gantung gambar tauke kedai bersama-sama dr m. atas gambar tu pulak, gambar tauke tengah pose maut...hehehe.



we just drop off resh at the airport. from there, drive to pantai tengah. nak mandi laut. pagi yang cerah dan cantik. perfect for our last day of the trip. air pasang dan ombak kuat. really huge and it's endless. we're like riding the waves. totally cool! sakit jugak badan bila kena hempas dgn ombak yang besar-besar tu. tercampak dan terpusing-pusing lah dalam air tu. yang bestnya, pantai kat sini tak dalam. pegi tengah pun kira selamat lagi. memang puas hati lah. rugi sapa tak ikut...


back at hotel, baru kemas back. tak banyak pun beli barang tapi beg tetap sendat. yang beg kecik tu pulak penuh coklat aje. we check-out at noon. ke cenang nak singgah pondok keladi kejap. salah jalan jugak mula-mula tu. banyak sangat simpang kat dalam ni. dah lah takde papan tanda langsung.

jumpa jugak akhirnya. get to know about this place from irwan. the owner of pondok keladi, di is a friend of irwan. unfortunately, he's not in town when we come. the other caretaker, mark greets and shows us around. it's a small secluded resort located in the middle of kampung. cantiknya laman depan yang luas tu dengan pokok-pokok kelapa. ada 6 bilik aje kat sini. basic but looks comfortable. kat tengah-tengah tu, ada balai rehat. attached is a kitchen where we can cook here. mesti best duduk melepak kat balai ni ditiup angin sambil makan-makan...




mark also brings us to the beautiful garden at the backyard of the private house. depan rumah tu penuh pokok seri pagi. nice shade. sempat lagi kitorang mengendap dalam rumah tu...hehehe. so he shows us the interior and it looks so cosy. i really like the high ceiling which made from a woven material. daun apa tak pasti. yang penting, ada outdoor shower lagi.




if only we knew this place earlier! well, there's always next time. oh ya..kat pantai tengah, ada pondok keladi 2. yang ni rumah sebijik jadi boleh duduk satu rumah ramai-ramai. we then say goodbye to mark, bill, lucy and melissa. next time, boleh lah cuba duduk sini. tengah kampung pulak.



drive straight to gerai at kuah that we went on our first day here. kelaparan ni. lepas lunch, ke pekan kuah. kalau-kalau ada yang nak memborong. aku nak beli cokelat lagi sebab rasa macam tak cukup aje hari tu. at the end, spent over hundred jugak lah for chocolates.

zach pecut balik hotel. kitorang tinggalkan beg kat hotel tadi. sempat aje pun. selesai check-in, duduk kat starbucks aje tunggu boarding. wish i could extend the stay. flight is quite full this evening. lebih kurang 6pm, terbang lah kitorang meninggalkan permata kedah. macam biasa, pengumuman kata dah nak mendarat tapi lama lagi sebenarnya. kacau tidur aku aje...

dari airport, ambik teksi balik armanee.


it's a great and happening weekends getaway. memang enjoy lah. and i'm already looking forward to our next holiday...

Monday, July 28, 2008

langkawi 08 : sunday, 20-jul

bila aku bangun pagi, tengah hujan kat luar tu. agak lebat gak. hopefully lebat-lebat ni kejap aje. me, dani and zaidi have our breakfast at the hotel while others have it outside. dan hujan makin lebat masa kitorang sarapan tu. takde langsung tanda nak berenti. aku rasa tersangkut lah diorang tu semua kat kedai makan. eventually, they come back to fetch us. it's still raining. tapi tak kan nak duduk hotel.


teruskan jugak plan ke cable car. sampai kat situ, masih hujan jadi rasanya cable car tak jalan. so we move to telaga harbor to lepak at the loaf bistro. still full from breakfast so just have a drink and my favourite from the loaf. something with almond and orange. hujan langsung takde tanda nak berenti walaupun dah reda sikit. melepak aje lah kat sini tangkap-tangkap gambar sambil menunggu hujan teduh.





not to waste our time, we change the plan. pegi mangroves tour dulu. dari sini, terus ke jeti sungai kilim. kilim is actually one of the geoparks of langkawi. the other two are machinchang cambrian where cable car is located and the surrounding of pulau dayang bunting. sampai kat jeti, kena tunggu bot. makan rambutan dulu.



the first stop is gua kelawar. depan sikit aje dari jeti ni. tak besar sangat tapi memang penuh dengan kelawar. busuk. kelawar ni jenis fruit bat dan ada 4 spesies. the trail from the cave continues to mangroves jungle. pokok bakau yang hijau dan akar yang berceracak dalam paya. it's kind of creepy. ada lagi satu trail masuk gua untuk balik ke jeti tapi air naik jadi tak boleh lalu.




next is eagle feeding. menyusuri sungai hutan paya bakau yang cukup indah dan tenang. bila enjin bot dimatikan, hanya dengar bunyi helang dan air berkocak. peaceful. helang kat sini tak sebanyak yang kitorang tengok semalam. saiz pun kecil sikit. baru tau macamana sebenarnya helang ni sambar makanan atas air dengan kuku dan lepas tu baru masuk mulut.


from here, the boat sails to the open sea. muara sungai. boleh nampak thailand jauh kat hujung sana. warna air laut pun nampak berbeza kat sini sebab kedalaman yang berbeza. the formation of rock is just amazing. ada satu batu tu dari jauh nampak macam muka orang dari sisi. people here call it apache. ada satu pulau tu bentuknya dari jauh macam kasut. dan bila pandang balik dari sini ke muara sungai, memang hebat pemandangannya. dengan tebing batu yang tinggi tu, nampak macam pintu pagar.


we sail back into the river. next stop is kelong. sepanjang sungai ni selain kelong, banyak kapal layar. ahoy! kebanyakkan kapal ni orang luar punya. diorang belayar datang ke sini. lepas tu bila dah balik ke negara masing-masing, orang tempatan kat sini pulak yang tolong jaga. kat kelong ni ada bela pelbagai ikan. boleh bagi ikan tu makan. tarikan utama adalah ikan pari. hidup lagi ikan pari tu...hehehe. kali ni, aku berani bagi pari tu makan. ada jugak belacak, ikan belanak dan ikan sumpit.




dari kelong, terus lagi menyusur sungai ke gua buaya. tapi dah takde buaya kat sini pun. gua ni sebenarnya masuk dengan bot. macam torowong air. dan terus menyusur sungai kembali semula ke jeti.

hujan akhirnya berhenti. dari sini, patah balik semula ke oriental village kat kaki gunung mat chinchang. sapa-sapa yang datang langkawi ni memang kena naik cable car. dari bawah, nampak puncak gunung yang berkabus. dari dalam cable car, nampak air terjun telaga tujuh mengalir deras. and there is also another smaller waterfall at the other side. bila semakin hampir dengan puncak, cable car diselubungi kabus. cantiknya!



the first station is closed for renovation. memang masanya pun. terus ke second station. kitorang ke jambatan gantung dulu. the view from here is spectacular. pulau-pulau kecil di sana sini. lautan yang tak bertepi. kaki langit yang mula bertukar warna jingga. puncak gunung hijau dengan tompokan kabus. hard to describe with words actually.


kali pertama aku naik cable car petang. sebelum ni, semuanya pagi. langit tak berapa terang petang ni sebab hujan kan sepanjang hari. guess we're not lucky enough to see the sunset. still we spend enough time up here to appreciate and enjoy nature's beauty. dan buat benda-benda pelik...hehehe.




turun semula ke bawah, hujan pun turun semula. balik ke padang mat sirat cari dinner. semua dah lapar ni sebab ikutkan tak lunch pun. again, we have seafood at this place called airport corner. sedap dan unik abc kat sini sebab letak halwa pisang dan nenas.

malam ni dani balik kl. puas jugak lah kitorang pujuk dia supaya balik besok aje macam plan asal. tapi nampaknya hasutan kitorang tak berjaya. bosan betul airport langkawi! baru 9pm tapi semua kedai dah mula tutup termasuk starbucks. time eventually arrives for us say goodbye to dani.

malam ni semua kecuali aku dgn zaidi nak pegi massage kat cenang. lepas hantar diorang kat situ, zaidi dgn aku drive around cari pondok keladi. jumpa jugak akhirnya lorong tepi surau tu. jalan sempit dan gelap-gelita. separuh jalan, patah balik dan keluar semula. sebab macam salah je. aku pun pegi lah tanya kat kedai dobi seberang jalan tu memang betul ke jalan gelap tak berlampu tu untuk ke pondok keladi. kakak tu kata betul lah dan siap cakap tu kan jalan kampung, memang lah gelap takde lampu...

we decide to look for the place tomorrow. sementara tu, jalan-jalan aje kat kedai sekitar cenang. hujan masih turun rintik-rintik. kedai-kedai pun mula nak tutup. sebelum balik tu, pegi supper kat kedai mamak. resh teringin nak makan roti telur. lama jugak melepak kat sini. talking about people. balik hotel dah lewat. malas pulak kemas bag. besok lah. aku tengok-tengok gambar dgn zaidi sambil delete mana yang patut. nak simpan space untuk besok lak sebab memory card dah penuh. lain kali, kalau berjalan lama memang kena bawak laptop. dah bergambar banyak-banyak tu boleh terus simpan dalam laptop. tapi pastikan laptop tu ada card reader. tak pun bawak card reader. tak pun zaidi, belilah memory card yang besar sikit saiznya...

Sunday, July 27, 2008

kelip-kelip ku sangka api

lutfi is in town this weekends. so last night, the five of us went out to to see fireflies and have dinner at kuala selangor. jauh tu. about 1 and half hour drive from damansara damai. aku ada bowling petang ni kat summit so lambat sikit tiba armanee. seksanya nak keluar dari summit tu. ala..sekali-sekala diorang tunggu. asyik aku je yang kena menunggu diorang...

zach drove. we reached kg. kuantan around 945pm. masih ramai jugak orang menunggu giliran nak naik sampan. kat jeti tu ada signboard bagitau sapa-sapa yang tangkap kelip-kelip ni akan didenda rm1000.




seumur hidup aku, rasanya pernah tengok 3 ke 4 ekor kelip-kelip. our turn finally arrived. sampan pun mula dikayuh mudik ke muara. air pasang jadi pemandu sampan tu kata lebih mudah untuk balik semula ke jeti. as the sampan approaching the trees along the riverbank, all that we saw is the wonder of nature's world. it was really an amazing sight. pokok-pokok tu semua bercahaya dan berkelip-kelip tanpa henti. macam pokok krismas. some of the trees are really glowing. beautiful.


pemandu sampan tu bawak kitorang dekat dengan pokok. dapat lah tengok dengan lebih dekat. some of the fireflies flew around us. cantiknya. resh sempat tangkap dan letak dalam tangan. kalau lah boleh ambik gambar tapi rasanya tak akan nampak dalam gambar.

some facts about the kelip-kelip :
* kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang dari betina. pokok yang bercahaya lebih terang tu maknanya banyak lah kelip-kelip jantan kat situ.
* life span of kelip-kelip jantan is about 3 months and less for betina.
* kelip-kelip tu sebenarnya hinggap kat pokok tu untuk hisap getah pokok sebagai makanannya.
* nama pokok ni berembang dan tumbuh di tebing sungai. jadi mana-mana sungai yang ada pokok berembang ni, kemungkinan besar ada kelip-kelip.
* tengah malam, kelip-kelip akan kembali ke sarang dalam tanah macam anai-anai. kelip-kelip bertelur dalam air macam nyamuk. lupa lak sekali bertelur berapa biji...

pemandu sampan tu cakap, yang kitorang nampak sekarang ni lebih kurang 50% aje. dalam pukul 8pm tu lebih banyak. aku rasa mesti lebih cantik masa tu. and it's about 10km stretch of this sungai selangor where we can witness this amazing sight.

dari kg. kuantan ni, kitorang ke kuala selangor lak for seafood dinner. went to this river view restaurant on the river bank. aku rasa ni sungai selangor gak. everyone was starving. order sebanyaknya. paling aku suka, fresh milk crab. makan dengan roti panas-panas. walaupun susah nak makan. yang lain-lain tu pun ok lah. the price is also reasonable.



sekenyangnya. sedap kalau tidur ni. lutfi and zaidi did. i tried too but couldn't. too full i guess...

Friday, July 25, 2008

langkawi 08 : saturday, 19-jul

we have our buffet breakfast this morning at the hotel's cafe. the spread is not that big but since it comes with the room so makan aje lah. pagi ni aku drive. janji untuk jumpa kak mala depan underwater world. tapi bila aku call, dia dah pun bergerak sebab kitorang lambat sikit. memandangkan aku tau tempatnya, terus bergerak ke jeti awana porto malai. we're going for island hopping this morning.



it's a bumpy boat ride. air pasang jadi ombak agak kuat. the scenes are mesmerizing as ever. the first stop is pulau dayang bunting. sampai aje kat tasik tu, terus terjun. bestnya. aku tengok selamba aje dani, resh dgn zaidi terjun. i actually have a fear to jump into water which i can't see the bottom. tak tau berapa dalamnya. beranikan diri jugak untuk belajar terjun tiruk. tu pun kalau boleh dikatakan terjun lah...hahaha. macam ikan pari terhempas atas air. aku rasa 10 kali lagi aku terjun, maunya kering air tasik tu. boleh jumpa cermin mata omar yang tenggelam dalam tasik tu kena sepak dengan zaidi. aku rasa lah zaidi tersepak cermin mata tu sebab mata dia kan sebelah je yang nampak. contact lense sebelah lagi dah hilang kat swimming pool semalam. macam-macam hal lah...


dari pulau dayang bunting, pegi eagle feeding pulak kat persekitaran pulau singa besar. menarik tengok helang-helang tu terbang menjunam dan sambar kulit ayam atas air tu. tak berlanggar pun sesama sendiri. watched this eagle feeding few times before but still i find it fascinating.



last stop is pulau beras basah. tak sabar nak mandi laut. ni lah baru dinamakan pantai. clean white sandy beach. ombak agak kuat tapi tu yang seronok. dah berendam dalam air tawar, ni berendam dalam air masin. yang kelakarnya ada satu budak kecik ni beria-ia mandi sambil berlakon kena pukul ombak. kecik-kecik lagi dah over...


back on land, we have lunch at one of the stalls in front of underwater world. on our way back to the hotel, singgah makan cendol dan minum air kelapa kat gerai tepi airport's runaway tu. dua-dua benda yang aku tak makan. kesian diorang kena kongsi 2 mangkuk cendol beramai-ramai sebab tu aje yang tinggal. nasib baik kelapa banyak lagi.


kat hotel, rehat kejap. go out again around 330pm heading for kuah. masa nak keluar tu, lebat pulak hujan. luckily it stops on our way to town. singgah makan cendol pulut kat gerai kat simpang jalan ke ulu melaka. tak puas katanya makan cendol tadi. macam biasa aku mintak cendol pulut tapi tak mau yang hijaunya tu. blur kejap kakak tu.

lepas tu, bergerak ke kuah. it’s time for shopping. aku dah janji kat diri aku siap-siap tak nak beli chocolate banyak-banyak kali ni. i’ve spent hundreds during my last visit 3 months ago. yang penting, cokelat yang beli bulan april tu ada lagi sekotak yang belum bukak. aku pun tak ambik sapa-sapa punya pesanan kali ni. malas nak bawak banyak-banyak. beli tetap beli. rugi lak rasanya kalau tak beli. aku tengok yang lain membeli tak cukup kaki tangan sampai pening-pening kepala. well, i experienced that before...hehehe.



tak muat wish bila disumbat segala macam benda dan orang. kena balik hotel dulu untuk hantar semua barang-barang ni. lepas tu baru keluar semula untuk dinner. as usual, can’t decide where to eat. tak mau lah makan seafood lagi. so i suggest to look for a new place at pantai tengah’s area. the one that attracts us most is this place called sheela's. malas nak pikir-pikir dah jadi terus je masuk. lagipun memang tengah lapar.

it’s a very nice place indeed. they have a beautiful garden with a pond where we can have food under the sky. kalau hujan, boleh duduk kat dalam as what the owner tells us when she comes to greet us. teringin nak makan nasi goreng so aku order tu. sambil tunggu makanan tu, main dengan 3 ekor kucing yang manja tapi sihat dan aktif.



masa aku nak ke restroom to wash hand lepas pegang kucing-kucing tu, sempat lah aku berborak kejap dengan kak sheela, tauke tempat ni. dia tengah tengok ikan-ikan dalam kolam tu. ada biawak pernah datang makan ikan tu. yang 3 ekor kucing tu namanya blacky, gary dan curry. curry sebab dia masuk dalam periuk kari yang baru masak masa tengah cari makanan. separuh badan melecur.

my nasi goreng is just nice. it's a very relaxing to enjoy food in this very cosy ambience. sebelum balik tu, kitorang sembang dengan kak sheela atas jambatan. aku tengok bunga teratai tu dah mula kembang. so beautiful. pokok teratai ni memang dia betul-betul jaga. ada katak lagi kat atas daun teratai tu. bercerita kisah hidup dia dan restoran ni. this place is for people to relax and enjoy the food. takde nak cepat-cepat hantar makanan. kalau orang komplen pun, kat sini takde service charge. she's married to a german and was there for almost 20 years. setiap kali balik kampung sana, she will stay for about 2~3 months and the best part is she will do a part time job(actually helping out her husband's family business there). with that pay, she will travel around europe pulak. very interesting kan...



and the group from the bridge pun balik hotel lepas tu. agak awal. hari pun macam nak hujan aje...

Thursday, July 24, 2008

langkawi 08 : friday, 18-jul

tengah sedap-sedap tidur, aku terjaga bila terdengar pengumuman. mula-mula, aku ingat mimpi. bila pengumuman tu keluar sekali lagi baru aku sedar bukan mimpi. keretapi pun tengah berhenti. pengumuman tu cakap ada masalah antara padang rengas dan taiping jadi keretapi akan berhenti kat kuala kangsar. dari sini, semua penumpang akan dibawa naik bas ke taiping untuk sambung perjalanan. aduhai...apa pulak lah masalahnya. and it's 245am in the morning! aku cuma terbayangkan yang komunis dah tawan railway tengah-tengah hutan tu.


bas dah ada pun kat sini. rasanya bas ni bawak penumpang dari taiping. kiranya kitorang ni tukar naik keretapi yang dari utara lah. it takes about an hour from here to taiping. kat stesen taiping tu, sempat lagi minum kopi sementara tunggu bas-bas yang lain sampai dan keretapi jalan. dalam keretapi, jumpa lagi pak arab tu dan dia siap cakap kitorang ni same person. of course lah the same person! lawak pagi-pagi buta gamaknya. dan tentu-tentu naik keretapi yang sama. lega jugak bila tengok tempat tidur tu kemas aje. it's nearly 430am when the train finally moves. terus sambung tidur. later we find out that there's a landslide somewhere between those stations that blocks our way.


bukan boleh tidur sangat dalam keretapi ni. keeping waking up when there's announcement made. nothing much to do in the train. we are actually 2-hour delayed. aida calls to inform us that she and omar are already there. diorang naik airasia satu flight dengan mawi and zahid. kena menunggu kitorang lah jawabnya. after a very long journey, the train finally stops at arau around 11am.



dari stesen arau, ambik teksi ke jeti kuala perlis. sampai kat situ, terus cari tiket feri. the earliest is 1230pm. tapi baru je nak beli, dah abis rupanya dan next one is only at 2pm. alamak...jenuhnya nak menunggu. tak banyak sangat sebenarnya feri dari sini. sebaiknya, booking awal siap-siap. didn't know that. since we have lots of time, we arrange and book all the tours with the agent here. lepas tu, pegi makan pulak. memang tengah lapar pun. untuk mengabiskan waktu, melepak sambil minum kat t hotel depan jeti ni.



sampai masanya, beratur untuk naik feri. seems like all the ferries leave at the same time. dah elok duduk dalam feri, ada makcik tu kata kitorang semua salah tempat duduk. zach yang pegang tiket so kitorang ni ikut aje lah. yang penting, bukan setakat salah seat tapi salah feri terus! haiyoo zach...tak pasal-pasal nanti bukan sampai langkawi tapi sampai jerejak. kena turun balik. letihnya. nasib baik feri kitorang yang betul tu tak jalan lagi. dalam feri aku tidur aje.

and after all the troubles and all modes of transportation, we succesfully step on the land of permata kedah. aida and omar fetch us from kuah jetty with black toyota wish. pegi makan laksa dulu kat gerai berhampiran sebab semua kelaparan. selesai makan,bergerak ke hotel. seksa jugak aku duduk belakang sekali kena timpa dan tersepit celah beg...hehehe. lega rasa dapat masuk bilik. the room is spacious but unfortunately not well maintained.



petang tu turun ke pantai. we're so frustated to see the beach. it's filthy with empty bottles and rubbishes and stray dogs running around. ada ikan mati lagi. memang pantai tu tak berapa cantik dan pendek aje tapi kena lah jaga kebersihannya. tak dapat aku nak buat morning walk nanti. so we end up at the swimming pool making noise dan having fun.

lepas maghrib keluar ambik dani kat airport. cool..everyone is here now. drive off to cenang for dinner. singgah kejap duty free zon kat underwater world. cari cokelat fazer geisha kegemaran aku tu tapi dah abis. biasanya ada jual kat sini dan murah dari tempat lain. we then have our seafood dinner at hj.ramli restaurant. setiap kali aku pegi langkawi mesti pegi kedai ni. nice food with reasonable price. sebanyaknya order. tapi tetap abis.




after food, we take a nice stroll along cenang road. keluar masuk kedai sambil ambik udara malam. zaidi dgn zach sibuk borong kain batik. aku beli sehelai. pening tengok banyak sangat. lepas tu lepak for drinks at rasa bistro. i just share a pot of mint tea with resh and zaidi. sambil tengok gambar-gambar sepanjang hari tadi. ketawa sekuatnya bila tengok semula video over aku yang zaidi rakam secara curi tu...hahaha.




balik hotel, terus tidur...zzzz.