tengah sedap-sedap tidur, aku terjaga bila terdengar pengumuman. mula-mula, aku ingat mimpi. bila pengumuman tu keluar sekali lagi baru aku sedar bukan mimpi. keretapi pun tengah berhenti. pengumuman tu cakap ada masalah antara padang rengas dan taiping jadi keretapi akan berhenti kat kuala kangsar. dari sini, semua penumpang akan dibawa naik bas ke taiping untuk sambung perjalanan. aduhai...apa pulak lah masalahnya. and it's 245am in the morning! aku cuma terbayangkan yang komunis dah tawan railway tengah-tengah hutan tu.
bas dah ada pun kat sini. rasanya bas ni bawak penumpang dari taiping. kiranya kitorang ni tukar naik keretapi yang dari utara lah. it takes about an hour from here to taiping. kat stesen taiping tu, sempat lagi minum kopi sementara tunggu bas-bas yang lain sampai dan keretapi jalan. dalam keretapi, jumpa lagi pak arab tu dan dia siap cakap kitorang ni same person. of course lah the same person! lawak pagi-pagi buta gamaknya. dan tentu-tentu naik keretapi yang sama. lega jugak bila tengok tempat tidur tu kemas aje. it's nearly 430am when the train finally moves. terus sambung tidur. later we find out that there's a landslide somewhere between those stations that blocks our way.
bukan boleh tidur sangat dalam keretapi ni. keeping waking up when there's announcement made. nothing much to do in the train. we are actually 2-hour delayed. aida calls to inform us that she and omar are already there. diorang naik airasia satu flight dengan mawi and zahid. kena menunggu kitorang lah jawabnya. after a very long journey, the train finally stops at arau around 11am.
dari stesen arau, ambik teksi ke jeti kuala perlis. sampai kat situ, terus cari tiket feri. the earliest is 1230pm. tapi baru je nak beli, dah abis rupanya dan next one is only at 2pm. alamak...jenuhnya nak menunggu. tak banyak sangat sebenarnya feri dari sini. sebaiknya, booking awal siap-siap. didn't know that. since we have lots of time, we arrange and book all the tours with the agent here. lepas tu, pegi makan pulak. memang tengah lapar pun. untuk mengabiskan waktu, melepak sambil minum kat t hotel depan jeti ni.
sampai masanya, beratur untuk naik feri. seems like all the ferries leave at the same time. dah elok duduk dalam feri, ada makcik tu kata kitorang semua salah tempat duduk. zach yang pegang tiket so kitorang ni ikut aje lah. yang penting, bukan setakat salah seat tapi salah feri terus! haiyoo zach...tak pasal-pasal nanti bukan sampai langkawi tapi sampai jerejak. kena turun balik. letihnya. nasib baik feri kitorang yang betul tu tak jalan lagi. dalam feri aku tidur aje.
and after all the troubles and all modes of transportation, we succesfully step on the land of permata kedah. aida and omar fetch us from kuah jetty with black toyota wish. pegi makan laksa dulu kat gerai berhampiran sebab semua kelaparan. selesai makan,bergerak ke hotel. seksa jugak aku duduk belakang sekali kena timpa dan tersepit celah beg...hehehe. lega rasa dapat masuk bilik. the room is spacious but unfortunately not well maintained.
petang tu turun ke pantai. we're so frustated to see the beach. it's filthy with empty bottles and rubbishes and stray dogs running around. ada ikan mati lagi. memang pantai tu tak berapa cantik dan pendek aje tapi kena lah jaga kebersihannya. tak dapat aku nak buat morning walk nanti. so we end up at the swimming pool making noise dan having fun.
lepas maghrib keluar ambik dani kat airport. cool..everyone is here now. drive off to cenang for dinner. singgah kejap duty free zon kat underwater world. cari cokelat fazer geisha kegemaran aku tu tapi dah abis. biasanya ada jual kat sini dan murah dari tempat lain. we then have our seafood dinner at hj.ramli restaurant. setiap kali aku pegi langkawi mesti pegi kedai ni. nice food with reasonable price. sebanyaknya order. tapi tetap abis.
after food, we take a nice stroll along cenang road. keluar masuk kedai sambil ambik udara malam. zaidi dgn zach sibuk borong kain batik. aku beli sehelai. pening tengok banyak sangat. lepas tu lepak for drinks at rasa bistro. i just share a pot of mint tea with resh and zaidi. sambil tengok gambar-gambar sepanjang hari tadi. ketawa sekuatnya bila tengok semula video over aku yang zaidi rakam secara curi tu...hahaha.
balik hotel, terus tidur...zzzz.
Remembering MH370
10 years ago
No comments:
Post a Comment