Monday, July 28, 2008

langkawi 08 : sunday, 20-jul

bila aku bangun pagi, tengah hujan kat luar tu. agak lebat gak. hopefully lebat-lebat ni kejap aje. me, dani and zaidi have our breakfast at the hotel while others have it outside. dan hujan makin lebat masa kitorang sarapan tu. takde langsung tanda nak berenti. aku rasa tersangkut lah diorang tu semua kat kedai makan. eventually, they come back to fetch us. it's still raining. tapi tak kan nak duduk hotel.


teruskan jugak plan ke cable car. sampai kat situ, masih hujan jadi rasanya cable car tak jalan. so we move to telaga harbor to lepak at the loaf bistro. still full from breakfast so just have a drink and my favourite from the loaf. something with almond and orange. hujan langsung takde tanda nak berenti walaupun dah reda sikit. melepak aje lah kat sini tangkap-tangkap gambar sambil menunggu hujan teduh.





not to waste our time, we change the plan. pegi mangroves tour dulu. dari sini, terus ke jeti sungai kilim. kilim is actually one of the geoparks of langkawi. the other two are machinchang cambrian where cable car is located and the surrounding of pulau dayang bunting. sampai kat jeti, kena tunggu bot. makan rambutan dulu.



the first stop is gua kelawar. depan sikit aje dari jeti ni. tak besar sangat tapi memang penuh dengan kelawar. busuk. kelawar ni jenis fruit bat dan ada 4 spesies. the trail from the cave continues to mangroves jungle. pokok bakau yang hijau dan akar yang berceracak dalam paya. it's kind of creepy. ada lagi satu trail masuk gua untuk balik ke jeti tapi air naik jadi tak boleh lalu.




next is eagle feeding. menyusuri sungai hutan paya bakau yang cukup indah dan tenang. bila enjin bot dimatikan, hanya dengar bunyi helang dan air berkocak. peaceful. helang kat sini tak sebanyak yang kitorang tengok semalam. saiz pun kecil sikit. baru tau macamana sebenarnya helang ni sambar makanan atas air dengan kuku dan lepas tu baru masuk mulut.


from here, the boat sails to the open sea. muara sungai. boleh nampak thailand jauh kat hujung sana. warna air laut pun nampak berbeza kat sini sebab kedalaman yang berbeza. the formation of rock is just amazing. ada satu batu tu dari jauh nampak macam muka orang dari sisi. people here call it apache. ada satu pulau tu bentuknya dari jauh macam kasut. dan bila pandang balik dari sini ke muara sungai, memang hebat pemandangannya. dengan tebing batu yang tinggi tu, nampak macam pintu pagar.


we sail back into the river. next stop is kelong. sepanjang sungai ni selain kelong, banyak kapal layar. ahoy! kebanyakkan kapal ni orang luar punya. diorang belayar datang ke sini. lepas tu bila dah balik ke negara masing-masing, orang tempatan kat sini pulak yang tolong jaga. kat kelong ni ada bela pelbagai ikan. boleh bagi ikan tu makan. tarikan utama adalah ikan pari. hidup lagi ikan pari tu...hehehe. kali ni, aku berani bagi pari tu makan. ada jugak belacak, ikan belanak dan ikan sumpit.




dari kelong, terus lagi menyusur sungai ke gua buaya. tapi dah takde buaya kat sini pun. gua ni sebenarnya masuk dengan bot. macam torowong air. dan terus menyusur sungai kembali semula ke jeti.

hujan akhirnya berhenti. dari sini, patah balik semula ke oriental village kat kaki gunung mat chinchang. sapa-sapa yang datang langkawi ni memang kena naik cable car. dari bawah, nampak puncak gunung yang berkabus. dari dalam cable car, nampak air terjun telaga tujuh mengalir deras. and there is also another smaller waterfall at the other side. bila semakin hampir dengan puncak, cable car diselubungi kabus. cantiknya!



the first station is closed for renovation. memang masanya pun. terus ke second station. kitorang ke jambatan gantung dulu. the view from here is spectacular. pulau-pulau kecil di sana sini. lautan yang tak bertepi. kaki langit yang mula bertukar warna jingga. puncak gunung hijau dengan tompokan kabus. hard to describe with words actually.


kali pertama aku naik cable car petang. sebelum ni, semuanya pagi. langit tak berapa terang petang ni sebab hujan kan sepanjang hari. guess we're not lucky enough to see the sunset. still we spend enough time up here to appreciate and enjoy nature's beauty. dan buat benda-benda pelik...hehehe.




turun semula ke bawah, hujan pun turun semula. balik ke padang mat sirat cari dinner. semua dah lapar ni sebab ikutkan tak lunch pun. again, we have seafood at this place called airport corner. sedap dan unik abc kat sini sebab letak halwa pisang dan nenas.

malam ni dani balik kl. puas jugak lah kitorang pujuk dia supaya balik besok aje macam plan asal. tapi nampaknya hasutan kitorang tak berjaya. bosan betul airport langkawi! baru 9pm tapi semua kedai dah mula tutup termasuk starbucks. time eventually arrives for us say goodbye to dani.

malam ni semua kecuali aku dgn zaidi nak pegi massage kat cenang. lepas hantar diorang kat situ, zaidi dgn aku drive around cari pondok keladi. jumpa jugak akhirnya lorong tepi surau tu. jalan sempit dan gelap-gelita. separuh jalan, patah balik dan keluar semula. sebab macam salah je. aku pun pegi lah tanya kat kedai dobi seberang jalan tu memang betul ke jalan gelap tak berlampu tu untuk ke pondok keladi. kakak tu kata betul lah dan siap cakap tu kan jalan kampung, memang lah gelap takde lampu...

we decide to look for the place tomorrow. sementara tu, jalan-jalan aje kat kedai sekitar cenang. hujan masih turun rintik-rintik. kedai-kedai pun mula nak tutup. sebelum balik tu, pegi supper kat kedai mamak. resh teringin nak makan roti telur. lama jugak melepak kat sini. talking about people. balik hotel dah lewat. malas pulak kemas bag. besok lah. aku tengok-tengok gambar dgn zaidi sambil delete mana yang patut. nak simpan space untuk besok lak sebab memory card dah penuh. lain kali, kalau berjalan lama memang kena bawak laptop. dah bergambar banyak-banyak tu boleh terus simpan dalam laptop. tapi pastikan laptop tu ada card reader. tak pun bawak card reader. tak pun zaidi, belilah memory card yang besar sikit saiznya...

No comments: