spelunking, in a simple word is caving.
after being planned for quite some time and postponed few times, the plan was finally realized last month on 15-nov. as usual, i was the first to arrive at armanee. cadangnya bertolak dari sini jam 730am. cadang aje lah kan. lepas isi perut makan nasi goreng yang zach masak tu, baru bertolak. i drove my car with zach and omar. zaidi drove with marul and aida in one car while siddiq and alif were in another car. we meet up again petronas rawang. lama pulak kat sini menunggu satu kereta yang sesat pegi ke arah klang.
lepas tu masing-masing mula bawak macam pelesit. dah terlambat kan. dari highway, keluar kat gopeng. belok kiri dan tak jauh pun dari situ. there's signboard along the way. we managed to arrived on time. kalau lambat, tak boleh masuk. the last call is 11am. we opted for the grand tour. the most challenging trail which is going to take about 3 to 4 hours.
sekali dengan group kitorang ni, segerombolan budak-budak sekolah. masuk je gua, terus gelap-gelita. a torchlight is a must. and a guide will lead the tour. mula-mula sekali, dah kena merangkak dalam air. memang rendah. jalan itik pun boleh sebenarnya. kitorang berjalan melawan arus air sungai. lepas tu ada tempat yang tinggi dan rendah bumbungnya. boleh nampak batu-batu gua yang pelbagai bentuk. stalactite and stalagmite. and helactites, a finger formations. masa suluh-suluh tu, takut jugak kalau tersuluh muka smeagol ke..hehe. jauh berjalan. gerenti sesat kalau takde guide. kitorang ni pulak dua tiga langkah berjalan, berhenti untuk bergambar. main snap aje sebab apa pun tak nampak.
one of biggest challenges in our trail is this particular slide. curam dan tinggi. kena tunggu lama kat sini sebab kena gelongsor turun sorang-sorang. kitorang siap tolong sekali sambut budak-budak sekolah tu turun. macam-macam aksi dan gaya. paling best, ada budak ni jerit alhamdulillah sekuat-kuatnya bila selamat sampai bawah. seterusnya, turun ikut lubang agak memang kecik. but everyone managed to slip through. sekali lagi kena menunggu nak melepaskan sorang demi sorang. boleh lah duduk bernafas kejap. but actually, it was really stuffy. habuk dari batu kapur. dan baru aku sedar salah-satu tali kat sandal aku putus.
terus lagi berjalan. lebih mudah dan laluan lebih lebar. then we came to next obstacle. here, we had to crawl through a very low passageway like a commando. memang sempit. tapi rupanya-rupanya kitorang tertipu. betul-betul kat sebelah tu, ada jalan lain. ngelat siddiq..
finally we saw a light and came to the end of the dark maze. but not the end of the journey. ada lagi separuh perjalanan. berehat kejap kat sini.
after a brief break, we continued our journey. kat laluan ni, boleh nampak batu-batu kapur yang dah bertukar menjadi marble. dah 400 juta tahun pun gua ni. rasa nak angkut bawak balik aje buat lantai rumah ke meja ke. trail kali ni tak mencabar sangat. adalah beberapa lorong yang agak sempit. dan kat sini jugak lah sandal aku putus terus. separuh jalan, kitorang ikut group lain pulak. ikut laluan yg lebih susah. memang susah sebab aku sebelah kaki ayam. dari sini, memanjat tangga pulak. tinggi dan tak terkira berapa anak tangga. sedar-sedar, dah sampai pun kat bumbung puncak gua. standing at 497m high, the view from here was spectacular.
kat sini memang ada laluan yang sempurna. boleh lah jalan kat sini untuk tengok keunikan batu-batu kapur tanpa perlu redah sungai segala. akhirnya tibalah dipenghujung perjalanan. kat luar ni, baru lah sedar betapa comotnya semua orang.
we took shower and changed. but the shower room was a disaster. bergerak aje kitorang dari tempat tu, hujan pun turun. singgah tesco kampar untuk makan tengahari. hujan masih turun selebat-lebatnya masa bertolak balik. singgah pula hentian rehat tapah. lepak-lepak sambil minum kopi, makan donut dan tengok gambar.
dah hampir senja masa bertolak pulang. balik ni aku bawak slow and steady aje. yg penting, kereta yang sama sesat pagi tadi tu tetap terlepas exit sg. buloh dan sesat sekali lagi..
Remembering MH370
10 years ago
2 comments:
Tetap la dalam para ke 2 tu kau kata Marul naik keta aku kan. Bila plak Marul pegi gua dengan kita?
hehe.silap.que lah.
ala...lebih kurang macam kau silap kata aida mengandung 14 bulan..
Post a Comment