lepas dengar dari kawan-kawan, aku dengan kw pun pegi jugak ke ss2, pj untuk makan durian sabtu malam lepas. kat sini boleh makan secara eat-all-you-can. durian buffet kiranya. harga bermula dari rm10 mengikut gred durian. gerai-gerai tu tepi jalan dekat dengan lot kedai. bila jumpa kedai baju pengantin yang sebanyaknya tu, dah sampai lah tempat ni.
unfortunately, the eat-all-you-can is only from monday to friday. cis..
alang-alang dah sampai, kena makan jugak lah. aku serahkan pada kw aje untuk pilih. durian yang elok kata kw :
・ ada bunyi bila digoncang. maknanya, durian dah tak lekat lagi pada kulit.
・ tangkainya basah dan bergetah. maknanya, masih baru dan segar.
seamat kenyang dua orang makan 3 biji durian yang tebal-tebal isinya. memang sedap. burp...
aksi selepas makan durian "kucing tidur"
kek durian yang ditempah khas dari kedai pengantin seberang jalan
nampaknya kena datang lagi. kali ni memang kena bawak kz sekali..
No comments:
Post a Comment