Sunday, August 2, 2009

dari putrajaya ke port dickson

pagi sabtu 11-jul lepas, ni aku ingat nak berkayak dengan sid, ali, fei dan zach kat tasik putrajaya. tapi tutup pulak hari ni sebab staff yang jaga tempat kayak ni semuanya pegi ke pusat sukan air sebab ada sailing competion. takde sapa yang nak urus dan tengok. macam lah selama ni diorang tengok pun. tension betul.

alang-alang dah ada kat putrajaya, kitorang pun pegi ke taman botani untuk berbasikal. dari kayak ke kayuh. cantik lanskap dengan pelbagai jenis pokok yang ditanam mengikut spesies. laluan basikal pun menarik dengan jalan berbukit-bukit. cuma basikal yang kurang elok.



ada boardwalk kat tepi tasik tu. kat sini jugak tiba-tiba siddiq bagi cadangan pegi port dickson. nak jugak main air tu..



tempat yang paling aku suka kat sini adalah lereng bukit dengan pokok-pokok kelapa yang mengadap tasik. lebih-lebih lagi bila kena tiupan angin..


canopy walk ni pulak bersambung dengan visitor center. nice view around.


dari taman botani, terus bergerak ke port dickson. it was already noon when we reached the town. the original plan was to buy lunch and have it on beach. tak jadi pulak bila tengok lauk yang sebanyaknya kat kedai ni. takut tak muat nak bungkus..hehe. kat depan kedai makan ni, tak boleh parking sebarangan. harap faham ye..


lama jugak aku tak sampai pd. blue lagoon ni letaknya dekat tanjung tuan. there is a lighthouse here and this place is a popular spot for bird watching. tak pegi pun dan kitorang cuma lepak tepi pantai. ingat nak berkayak jugak tapi air surut. jenuh lah nak mengusung kayak ke tengah laut nanti.



lepas makan pisang goreng dan cempedak goreng, kitorang turun ke pantai dan berjalan sampai ke tengah laut. air makin surut. tak boleh mandi pun. nasib baik tak berkayak. kecik aje pantai ni rupanya.




sebelum bergerak pulang, minum air kelapa (of course i didn't) and makan sepinggan lagi cempedak goreng. and that ended our spontaneous saturday.

No comments: