pagi sabtu 18-julai, bertolak ke parit buntar. tengahari ni majlis kenduri kahwin kb. kenduri yang mesti pergi. oc yang memandu. aku, afis dan kw jadi penumpang aje. singgah kat tapah macam biasa untuk late breakfast.
tengahari sampai parit buntar. pengantin baru nak berarak masuk dewan. just nice. amai, kz dan yang yang lain pun dah sampai. meriah dan ramai orang. terus makan sebab kelaparan.
tahniah dr.basyar and dr.normi. selamat dah sorang lagi kawan aku..
parit buntar ni rupanya terletak antara sempadan perak dan kedah. dewan merdeka, tempat kenduri ni berlangsung letaknya sebelah perak. seberang sungai sana pulak kedah.
dari parit buntar, bergerak ke taiping. amai had booked a chalet at kamalodge resort. the resort is situated on the way to bukit larut near the famous taiping lake garden. nice place and i really like the design of the chalet.
petang tu, pegi mandi-manda kat burmese pools. it's a waterfalls actually and located just nearby. kat sinilah rupanya kw berkelah di hari raya. seronok mandi kat sini sebab air deras dan tak sejuk sangat. siap main gelongsor atas batu lagi..
we had early dinner kat k.e. corner, next to king edward school. apalagi nak makan kat taiping ni kalau bukan mee udang.
went karaoke later at taiping sentral, the mall and the hangout spot of this town. memang ramai orang kat sini. sejam aje buat konsert.
lepas tu aku, kw dan afis pegi zoo malam taiping. memang dah rancang awal-awal dari kl lagi. kecil aje zoo taiping ni jadi tak penat sangat berjalan. kesian binatang-binatang kat zoo kena kacau dengan kitorang malam ni. aksi terbaik adalah beruang yang ala-ala confuse. lawak..
pagi besoknya, sempat lagi sempat mandi kat kolam renang. and checked-out later at noon. nice place to stay.
sekali lagi, makan tengahari mee udang mak teh kat kuala sepetang sebelum bertolak pulang.
Remembering MH370
10 years ago
No comments:
Post a Comment