missed the sunrise this morning, i went for a jog around the village below. boleh tahan sejuk. berasap-asap gak mulut. masa breakfast pagi ni, barulah jumpa orang-orang lain yang duduk kat hotel ni.
lokasi pertama pagi ini adalah taman panaroma. letaknya ditengah bandar berhadapan ngarai sianok. ngarai atau lembah ini panjangnya 15km dan dalamnya 100m. kat tengah-tengah ngarai ni mengalir sungai sianok yang berliku-liku. kalau menyusur ngarai dari bkt.tinggi, boleh sampai ke kota gadang. selain pemandangan cantik dan unik ngarai yang berdinding tegak ni, gunung berapi singgalang dan merapi pun nampak jelas dari sini.
kat sini jugak letaknya lobang jepang, kubu bawah tanah yang dibina askar jepun. kena turun lebih kurang 130 anak tangga sejauh 64m kebawah. ada bilik-bilik kecil yang dijadikan kubu, stor dan bilik tahanan kat bawah ni. kalau tak nak panjat tangga keluar semula, boleh ikut terowong bawah tanah tapi keluar kat arah bertentangan. letih jugak panjat balik..
lepas shopping kat kedai cenderamata kat sini, kitorang pun bertolak ke lokasi seterusnya. bergerak turun merentas ngarai dan kembali mendaki jalan bukit yang berliku-liku. hari ni pemandu lain, dafit namanya. seksa jugak bercakap dengan dia ni. tak berapa paham sangat. kat sini, bahasa harian yang digunakan adalah minang.
after about an hour and half, we reached maninjau. terbentang luas didepan mata adalah danau maninjau. the stunning sight of blue lake surrounded by hills from up here would simply take anyone's breath away. boleh nampak bayang gunung-gunung dalam tasik macam cermin. danau maninjau seluas 100km2 dan terletak 500m dari aras laut ni terhasil dari letupan gunung berapi di kawasan ni beribu tahun dulu.
untuk sampai ke danau ni, kena lalu jalan berbelok-belok dan 44 selekoh yang dipanggil kelok 44. ngeri jugak sebab jalannya sempit dan curam. kitorang berhenti minum dulu kat gerai pondok impian kat kelok ke 37 sambil menikmati pemandangan alam yang cukup indah ni.
sepanjang danau, ada pekan, kampung dan sawah padi. kat danau pulak, banyak ternakan ikan dalam sangkar. we asked the driver to find a place where we can hang out by the lake and do water activities. luqman kata nak berenang. tapi dafit kata takde pulak. kitorang pun berhenti aje lah kat kawasan rehat. ada gerai-gerai kat sini dan boleh jugak memancing. aku dengar kaki-kaki pancing tu bercakap sesama diorang yang diorang nak masuk koran(suratkhabar) masa aku sibuk tangkap gambar. walaupun gambar korang tak keluar kat paper, keluar lah jugak kat internet..
makan tengahari kat salah-satu rumah makan yang ada kat tepi jalan. again we had nasi padang. tapi lebih istimewa sebab satu dari lauknya tu adalah ikan yang diternak kat danau ni. lupa pulak apa nama ikan tu tapi memang sedap. terasa kesegarannya.
masa berhenti solat kat masjid raya bayur ni, dafit tanya samada boleh bayarkan bilik hotel untuk dia malam nanti. jauh katanya untuk dia balik semula ke padang. bilik hotel tu pun murah sebab memang khas untuk driver dan guide. of course i said no because this matter wasn't brought up into our deal yesterday. tak kan nak tambah bayar pulak. aku rasa dalam kes macam ni, seeloknya cari guide dari tempat yang kita pegi tu.
bergerak pulang dan kali ni mendaki kelok 44 pulak. aku tertidur masa mendaki kelok ni dan siap mimpi lagi naik roller coaster yang bengkang-bengkok tak sampai-sampai ke puncak..
it was late noon when we arrived back in bkt.tinggi. our next location was fort de kock. dari pintu masuk, ada beberapa sangkar yag menempatkan pelbagai jenis burung. benteng fort de kock ni dibina oleh tentera belanda semasa perang paderi sebagai kubu pertahanan. beside few rusting cannons, there was very little remains of the fort. located on top of bukit jirek, it provides fine views over the town.
dari sini, kitorang berjalan ke seberang ikut jembatan limpapeh ke taman margasatwa(zoo) dan taman budaya kinantan.
keadaan zoo agak kurang menarik walaupun ada macam-macam jugak lah binatang. kitorang pun tak abis pusing. another attraction here is rumah adat, a museum that displays minangkabau historical and cultural exhibits.
rumah adat baanjuang ini berbentuk rumah tradisional minangkabau dengan bumbung tajam simbol tandau kerbau dan dinding kayu yang penuh dengan ukiran berwarna-warni.
we left the place soon and decided to buy dinner before going back. mak macam dah muak dengan nasi padang jadi cari makanan lain pulak. dafit brought us to histana mie where they have an ala carte menu here. lapar pulak bila sampai sini jadi terus makan kat sini. tapau tetap tapau untuk malam nanti. i tried satay but think our satay is much better.
tonight we just stayed in resting. mak and khaira went for massage. aku dengan luqman duduk kat bilik aje nonton tv. banyak jugak konsert tunjuk kat tv. malam semalam ada anugerah musik indonesia. sekali-sekali tukar siaran tengok berita terhangat, kisah manohara dan maknya daisy yang tak berhenti nak keluar tv dari pagi sampai ke malam. over lah..
Remembering MH370
10 years ago
No comments:
Post a Comment