Tuesday, June 23, 2009

merentas setia alam

pagi ahad pertama bulan ni, 7hb jun lepas, kakilariks berlari lagi. kali ni new balance klang pacers half marathon kat setia alam. kitorang cuma lari quarter marathon aje iaitu 11km.

larian bermula jam 7am dari setia alam welcome center, bangunan kaca dengan rekabentuk moden. berlari sepanjang persiaran utama dalam setia alam ni. selain dari mendaki 3 flyover bridges, yang lain cuma jalan panjang yang rata. agak selesa laluannya.






3km pertama, aku masih lari bersaing dengan marul. lepas tu terus kena tinggal. haa..ada satu perempuan ni lari kaki ayam lagi. target aku untuk lari bawah satu jam tapi terlebih 27 saat pulak. abis lari, lepak-lepak dulu rehatkan kaki. tapi tak tunggu pun sampai acara cabutan bertuah. kalau tak, mesti ada yang bawak balik basikal. tapi kalau hadiah utamanya banglo sebijik kat setia alam ni, memang aku akan tunggu..

No comments: