Monday, June 15, 2009

bukit tinggi 09 : sunday, 26-apr


went to watch sunrise this morning with mak. located on hill, our hotel offers a clear view of sunrise. luqman and khaira joined us later to enjoy the beautiful sunrise and the cold fresh morning air.





destinasi pagi ini adalah ke batu sangkar. daerah ni merupakan perkampungan tradisional minangkabau. perjalanan hari ni kurang sikit selekoh dan bukit. sepanjang jalan, banyak sawah padi selain rumah-rumah berbumbung tajam.

our first stop was at rumah gadang aminuzal amin. dari tepi jalan dah nampak rumah yang penuh dengan ukiran berwarna-warni. nampak berbeza dengan rumah kampung biasa. rumah adat ni digunakan bila ada majlis keramaian, kenduri dan meraikan tetamu. biasanya, takde sapa tinggal dalam rumah ni dan akan dijaga oleh waris. kitorang dijemput jugak naik masuk kedalam. cantik. dinding dalam pun penuh ukiran kayu. ada juga pelamin, ruang tidur dan hiasan kain tekat.





the next stop was rumah gadang tuan gadih pagaruyung or istana silinduang bulan. rumah gadang ni lebih hebat bentuknya, halus ukirannya dan lebih terjaga. nama pun istana dan dibina sebagai ganti istana raja pagaruyung yang terbakar pada tahun 1961. we didn't go in and just admired this traditional architecture from outside.





perjalanan diteruskan ke pagar ruyung. agak besar jugak pekan ni dan banyak digantung bendera berjalur merah,hitam dan kuning. sama warna dengan bendera negeri sembilan. kat sini letaknya replika asal istana pagaruyung yang lengkap tapi malangnya yang ni pun dah abis musnah terbakar jugak tahun lepas. sekarang ni masih dalam pembinaan semula.


drove back and reached bkt.tinggi around noon. went straight to istana mie for lunch. we then decided to go back first before continue our activity.


went out again later to pasar atas for shopping. pasar atas ni letaknya atas bukit berdekatan dengan jam gadang. yang sebelah bawah bukit tu pulak namanya pasar bawah. pasar atas ni lebih besar dan lebih banyak barang jualannya dari makanan, pakaian hinggalah cenderamata. mula-mula sampai kat sini, pegi cari pharmacy sebab luqman nak cari ubat bibir pecah. berpusing-pusing lah dafit yang serba tau dan serba boleh ni bawak. nasib baik jumpa jugak akhirnya.



lepas tu pegi cari kerepek pulak. agresifnya penjual-penjual kat sini. masing-masing menjerit tarik pelanggan. pening kepala. macam-macam jenis kerepek dan keropok dan paling pelik adalah keropok kulit sapi. belut yang dah dikeringkan pun banyak dijual.


lepas beli kerepek, terus jalan lagi di celah gerai-gerai tu pulak. kat sini lebih banyak jual pakaian dan kain. aku cari batik tapi sikit sangat dan tak banyak pilihan. tudung dan telekung yang paling banyak.



lepas tu, masuk pulak pusat pertokoan pasar atas. kedai kat dalam ni lebih tersusun. pun kain jugak yang banyak jual kat sini. kain ela, kain sulam, kain tekat, kain songket tapi kain batik jugak tak banyak. dari segi harga pun, takde lah murah sangat.

beside kerepek, i just bought some silver souveniers to bring home. rasanya, percutian kali ni yang paling sikit aku mengabiskan duit untuk shopping. macam tak percaya pulak..hehe.


sebelum balik, dinner dulu kat rumah makan rindu alam. i had nasi padang here. pedas pulak lauk-lauk kat sini. dan rumah makan paling mahal setakat ni. malam ni kemas beg siap-siap besok kena keluar awal. walaupun aku tak beli banyak barang, tetap beg tak muat jugak. pelik..pelik..

No comments: