Thursday, August 20, 2009

merentas shah alam

kakilarik berlari lagi pada pagi ahad, 2-aug untuk shah alam king of the road 2009. macam biasa, cuma lari 11km aje. belum bersedia untuk lari half-marathon lagi. larian bermula dari dari perkarangan stadium shah alam. kali ni, aku sampai agak awal.

laluan larian agak mencabar. baru aku sedar yang shah alam ni selain banyak roundabout, banyak jugak jalan yang berbukit. naik bukit lebih banyak dari turun bukit. larian ditamatkan dari stadium. terasa macam marathon olimpik masa lari masuk dalam stadium tu..



beside the growing kakilariks, i met abg.khairul at the run. later, i found out that danish also joined the run but didn't see him there. lepas larian, lepak-lepak dulu dalam stadium. memang ramai yang masuk larian ni. dalam stadium dah bertukar jadi lautan oren.






dalam keadaan yang kurang sihat, berjaya jugak aku mengabiskan larian dalam sejam 9 minit. bad timing. memang cepat penat berlari dalam keadaan dehydrated. takpelah, yang penting aku dapat medal..hehe.




Monday, August 17, 2009

malam nada biru

the first from a series of malam nada biru concerts took place at lambang sari with atilia, noryn aziz and mujik majik on 30th and 31st july. performed in an intimate and cosy location, it's an alternative place to enjoy our renowned local talents. i went there on the second night.

atilia performed in the first set and previewed some songs from her upcoming album with her flawless sultry voice.


noryn was in the second set heated the floor with her big soulful and powerful voice.


the show ended with a special collaboration of sangkar and cerita cinta.


what an excellent performance. i was totally mesmerized with the stunning voices and superb compositions.


i'm now already looking forward the next malam nada biru next year. and can't wait for dvd of tonight's show too!

Saturday, August 15, 2009

back in town

sampai kat kl dari taiping senja tu, terus aku ke bangsar pulak. sabrina balik bercuti dari brisbane. singgah malaysia kejap sebelum sambung pergi bercuti kat europe. seronoknya kalau boleh ikut.


we had dinner at delicious. my favourite eating place.



march next year, my turn to come and visit you there sab..

from taiping with love

pagi sabtu 18-julai, bertolak ke parit buntar. tengahari ni majlis kenduri kahwin kb. kenduri yang mesti pergi. oc yang memandu. aku, afis dan kw jadi penumpang aje. singgah kat tapah macam biasa untuk late breakfast.


tengahari sampai parit buntar. pengantin baru nak berarak masuk dewan. just nice. amai, kz dan yang yang lain pun dah sampai. meriah dan ramai orang. terus makan sebab kelaparan.


tahniah dr.basyar and dr.normi. selamat dah sorang lagi kawan aku..



parit buntar ni rupanya terletak antara sempadan perak dan kedah. dewan merdeka, tempat kenduri ni berlangsung letaknya sebelah perak. seberang sungai sana pulak kedah.



dari parit buntar, bergerak ke taiping. amai had booked a chalet at kamalodge resort. the resort is situated on the way to bukit larut near the famous taiping lake garden. nice place and i really like the design of the chalet.



petang tu, pegi mandi-manda kat burmese pools. it's a waterfalls actually and located just nearby. kat sinilah rupanya kw berkelah di hari raya. seronok mandi kat sini sebab air deras dan tak sejuk sangat. siap main gelongsor atas batu lagi..






we had early dinner kat k.e. corner, next to king edward school. apalagi nak makan kat taiping ni kalau bukan mee udang.




went karaoke later at taiping sentral, the mall and the hangout spot of this town. memang ramai orang kat sini. sejam aje buat konsert.

lepas tu aku, kw dan afis pegi zoo malam taiping. memang dah rancang awal-awal dari kl lagi. kecil aje zoo taiping ni jadi tak penat sangat berjalan. kesian binatang-binatang kat zoo kena kacau dengan kitorang malam ni. aksi terbaik adalah beruang yang ala-ala confuse. lawak..




pagi besoknya, sempat lagi sempat mandi kat kolam renang. and checked-out later at noon. nice place to stay.



sekali lagi, makan tengahari mee udang mak teh kat kuala sepetang sebelum bertolak pulang.

Sunday, August 2, 2009

dari putrajaya ke port dickson

pagi sabtu 11-jul lepas, ni aku ingat nak berkayak dengan sid, ali, fei dan zach kat tasik putrajaya. tapi tutup pulak hari ni sebab staff yang jaga tempat kayak ni semuanya pegi ke pusat sukan air sebab ada sailing competion. takde sapa yang nak urus dan tengok. macam lah selama ni diorang tengok pun. tension betul.

alang-alang dah ada kat putrajaya, kitorang pun pegi ke taman botani untuk berbasikal. dari kayak ke kayuh. cantik lanskap dengan pelbagai jenis pokok yang ditanam mengikut spesies. laluan basikal pun menarik dengan jalan berbukit-bukit. cuma basikal yang kurang elok.



ada boardwalk kat tepi tasik tu. kat sini jugak tiba-tiba siddiq bagi cadangan pegi port dickson. nak jugak main air tu..



tempat yang paling aku suka kat sini adalah lereng bukit dengan pokok-pokok kelapa yang mengadap tasik. lebih-lebih lagi bila kena tiupan angin..


canopy walk ni pulak bersambung dengan visitor center. nice view around.


dari taman botani, terus bergerak ke port dickson. it was already noon when we reached the town. the original plan was to buy lunch and have it on beach. tak jadi pulak bila tengok lauk yang sebanyaknya kat kedai ni. takut tak muat nak bungkus..hehe. kat depan kedai makan ni, tak boleh parking sebarangan. harap faham ye..


lama jugak aku tak sampai pd. blue lagoon ni letaknya dekat tanjung tuan. there is a lighthouse here and this place is a popular spot for bird watching. tak pegi pun dan kitorang cuma lepak tepi pantai. ingat nak berkayak jugak tapi air surut. jenuh lah nak mengusung kayak ke tengah laut nanti.



lepas makan pisang goreng dan cempedak goreng, kitorang turun ke pantai dan berjalan sampai ke tengah laut. air makin surut. tak boleh mandi pun. nasib baik tak berkayak. kecik aje pantai ni rupanya.




sebelum bergerak pulang, minum air kelapa (of course i didn't) and makan sepinggan lagi cempedak goreng. and that ended our spontaneous saturday.