Friday, March 7, 2008

bangkok 08 : saturday, 1-mar

pagi, keluar awal untuk sarapan kat mcD. walaupun dalam breakfast time, menu yang lain tetap dijual. and ada special menu now which is a shrimp burger. selesai sarapan, ambik bts untuk ke chatuchak market. janjinya untuk berjumpa dengan lutfi dan neo jam 1015am kat mo chit. dekat sejam lah baru muncul. sid yang balik semula hotel pun sampai dulu. letih ok menunggu...



chatuchak weekend market. or jatujak weekend market. aku pun tak pasti mana yang betul. dua-dua nama ada digunakan. bazar atau pasar borong yang dibuka hanya pada hujung minggu. segalanya ada disini. from souveniers to clothes to accessories to leather goods to antique stuff to home furnishing to food to pet to etc. one of the places in my bangkok's must-visit list. aku dengan zaidi memang nak borong t-shirt banyak-banyak kat sini. banyak t-shirt yang murah, cantik dan ada kualiti. and i did! semua sekali 8 helai. tapi sehelai jual kat zaidi...menyesal lak. the rest pun aku tengok boleh tahan jugak membeli.



lagi satu aku datang sini sebab nak makan coconut ice-cream. dua kali lagi aku makan. gerai yang pertama lagi sedap. lagi lemak dan lagi rasa kelapanya. topping pun boleh pilih. aku ambik nenas, kacang and pulut. rasa best sangat makan ice-cream tengah panas-panas ni.

aku rasa adalah dalam 6 jam kitorang abiskan masa (dan juga duit!) kat chatuchak ni. well, it's really a huge place. rasanya ada beratus kedai kat sini. kitorang pun tak abis pusing semua. yang penting, kalau dah nampak dan rasa nak beli barang kat satu-satu kedai tu, terus je beli. memang tak larat kalau nak nak pusing dan cari balik. but omar and aida did manage to find back that shop!

balik hotel, masing-masing dah kepenatan. tidur kejap lah. recharge battery katanya...


malam, keluar ke siam paragon for dinner. masa dalam teksi, pemandunya sempat angkat tangan baca doa masa teksi berhenti kejap sebab trafik depan shrine. sampai kat sini, foodcourt yang kitorang nak pegi tu dah berubah jadi kecik. pilihan menu pun dah kurang. sebenarnya banyak cafe lain pun kat dalam ni dan yang halal pun ada. kat foodcourt aku nampak banyak notis yang bunyinya lebih kurang macam ni : selling and drinking of alcohol is strictly ban from 1st march 6pm until 2nd march midnight due to senator's election on 2nd march. tak tau lah apa motifnya. tak nak orang mabuk salah pangkah masa mengundi atau hang over tak bangun pegi mengundi agaknya.



again, kitorang lepak kat bug&bee silom for a late supper before heading back. finally, the whole ahli rombongan dapat berkumpul and went out having fun together. real solid fun. memang happening. baby, zaidi, sid, zach, resh, aida, omar, lutfi and neo. one big happy family. lagi ramai, lagi meriah. dan lagi drama...hahaha! tapi sayangnya, no family potrait. tak sempat atau teringat pun nak ambik gambar beramai-ramai.

No comments: