Saturday, March 8, 2008

bangkok 08 : monday, 3-mar

bila celik mata pagi ni, i wish that today was still sunday. rasa malas sangat nak turun katil. bertambah malas bila pikir nak kemas luggage. aaarrggghhh! aku, sid, zaidi seperti biasa siap dulu. kena menunggu pulak resh dengan zach...tau lah korang borong banyak...hehehe. terus check-out but left our luggages at the hotel. destinasi hari terakhir ni adalah jim thompson house museum. ingat nak naik teksi. dah masuk duduk pun dalam teksi tapi the driver kept insisting suruh singgah sana-sini. tak kuasa lah nak layan. so we took bts from victory to national stadium. dekat je pun sebenarnya.


jim thompson (jt) adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan semula industri thai silk. dia datang ke bangkok selepas world war II dan tertarik to the dying thai silk industry. the museum is his actual residence. being an architect, jt telah mengambil beberapa rumah lama dari seluruh thai dan menggabungkannya menjadi sebuah rumah. sambil mengekalkan unsur-unsur rumah tradisional thai, jt juga memberi sedikit sentuhan barat. hasilnya satu gabungan yang unik dan tersendiri dari taman di luar hinggalah ke hiasan dalaman rumah ni. i really love this place dan kalau lah aku ada rumah percutian secantik ni, tiap-tiap hari aku cuti...


this house is a must-visit place in bangkok. the interesting part of this museum is the guided tour. pengunjung akan dibawa melawat rumah ni secara berkumpulan sambil diberi penerangan tentang setiap sudut rumah ni. this is actually my 2nd time here so i know what is coming out from the guide's mouth. same script. different cast. masa kat dalam rumah ni, tiba-tiba azan zuhur berkumandang. dari kampung seberang sungai. asalnya, jt telah membawa penduduk islam dari selatan thai sebagai penenun sutera dan diorang kekal berkampung kat sini. we had our lunch at the jim thompson bar and restaurant here. nice ambiance and food but something not very nice happened to our salad. but the raspberry cheesecake and the chocolate cake are just marvellous.


from the hotel, we took a cab to the airport. sempat lah jalan-jalan dulu dalam suvarnabhumi. cari apa yang patut untuk abiskan baht. found a very interesting book about the top ten of things in the world. sempat juga aku dengan zaidi plan (berangan) for the next trip. a trip right after a trip. so takde lah terasa tension bila the first trip ends. tapi bila the 2nd trip tu abis, lagi tension lah gamaknya...


the flight ak887 flew home at 615pm and reached lcct at 915pm. memandangkan semua makanan dah pun abis dalam kapalterbang tadi, we had our dinner at the deserted mcD before everyone heading home. it was a successful holiday. lots of fun. a great trip. aku pasti semua orang puas hati dengan percutian bangkok kali ni.

1120pm. home sweet home. and bangkok, we will come back!

2 comments:

Eddie said...

Kena cite ok pasal jam Oris takde dlm list of ten best watches...

zach said...

ala..aku shopping sekali sekala jer kat bangkok..tak macam ko..tiap2 minggu turun tabur duit kat pavillion kan...